Rabu, 4 April 2012

..ku daMba reDhaMU..

aida ade nak kongsikan satu lagu yang aida minat sangat .. sangat tersentuh apabila menghayati setiap bait lirik lagu nih.. :) lagu ni nyanyian DEVOTEES .. aida minat gak la kumpulan nasyid nihh..


selamat menghayati.. semoga beroleh manfaat.. :)

Khamis, 21 Julai 2011

saHabAt sEperJuaNganKu..~~


.. ini adalah kawan kawan sekelas aida selama aida menuntut di kolej.. alhamdulillah, kami sekarang akan masuk ke tahun akhir.. harapan kami, semoge kami dapat mencapai impian kami selesai saje kami menamatkan program Diploma Pengajian Islam Syariah ini.. semoga kami dapat berkhidmat untuk masyarakat dengan ilmu yang telah kami timba sepanjang 3 tahun.. insyaALLAH.. semoga dipermudahkan..

..kenangan yang sempat kami rakamkan sebelum kami bertolak ke lokasi program semase semester 3..
alhmdulillah, gambar ni cukup 10 orang, diambil semase di lokasi pogram.. :)

Sabtu, 26 Mac 2011

2 golongan y akn menjadi penghuni neraka..


drpd Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "ada dua golongan yang akn menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. pertama golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. kedua perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggang waktu berjalan, menghayunkan-hayunkan bahu. kepala mereka (sanggul di kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya." (H.R.MUSLIM)

keterangannya:


dalam masyarakat yang ada hari ini ada golongan yang suka bertindak kepada manusia seperti hukum rimba (menghukum tanpa soal siasat). ramai juga perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. maksudnya berpakaian dengan pakaian tersangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. golongan ini tidak masuk syurga dan tidak akan mencium bau wanginya.

dua golongan pasti diseksa
jadi penghuni api neraka
golongan zalim penganiaya
tidak kasihan rakyat jelata

kaum wanita aurat dibuka
berlenggang lenggok di jalan raya
sanggol dililit bagai mahkota
takkan mencium semerbak syurga


* masyaALLAH..semoga kita terhindar daripada golongan seperti ini...

Ahad, 13 Mac 2011

LelaK! sEjaT! iaLah......

tertegak islam dalam dirinya..
sejernih salju..
hatinya dilingkari cinta
yang satu..
iman dan taqwa
menjadi sepatu..
dengan roh islam
dia melangkah maju..
dahagakan pahala..
hauskan ilmu..
gagah melawan nafsu..
solat dihayati
penuh syahdu..


katanya benar
tidak menipu..
teguh dalam saf 
perjuangan..
temannya adalah
pencinta syariat islam..
yang menyampaikan
ilmu di dada..
yang menginfakkan harta..
untuk jihad
dan kebenaran...

waN!ta sEjat! iaLah........

yang melindungi diri dan
hatinya dengan malu..
yang menabur kesopanan
setiap penjuru..
yang merendahkan suaranya..
yang sentiasa cekal dan
tabah hatinya..
yang tidak patah semangat
wajanya..
yang memenuhkan hatinya
dengan keinsafan..
yang mengosongkan kalbu
dari dendam..
yang menyemarakkan kasturi
di kelopak iman..

dipandang dari peribadinya..
dilihat dari akhlaknya..
dinilai dari kesabarannya..
ditinjau dari sifat keibuannya..
ALLAH dibesarkan
dalam solatnya..
puasa dijadikan tradisi..
Al-Quran menjadi hiburan
dan akhbarnya..
jihad menjadi gelanggangnya..

Khamis, 10 Mac 2011

..rEnuNgan beRsaMa..

rasulullah s.a.w telah bersabda :
" tidak sempurna iman kamu 
sehingga aku lebih dicintaimu 
daripada anak, ibu bapa dan
manusia seluruhnya.."

hidup ini adalah perjuangan..
jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu
untuk mendapatkan syurga..
janganlah kamu meninggalkannya..
kuasailah pelbagai bidang 
di mana dengannya kamu dapat 
memakmurkan bumi..
hanya di tangan orang-orang soleh,
dunia ini akan menghentikan tangisannya..

melangkah itu mudah,
namun mencari arah itu yang
terkadang payah..
mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang
susah..
mencari susur itu mudah,
namun menuju noktah itu pasti
mendatangkan lelah..
dalam semua ini..
menjaga istiqamah itu paling susah,
payah dan lelah..
namun DIA amat faham, bagi
hambaNYA, DIA tidak meminta
manusia menjadi yang terbaik, hanya
perlu untuk melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan
penuh kepadaNYA, lantas nescaya 
DIA akan menguruskan yang
selebihnya. agar yang terbaik itu
menjadi milik manusia..
moga perjalanan kita sentiasa di
dalam lindungan dan penjagaan
ALLAH S.W.T..

waN!ta..

keayuan wanita itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya..
daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslim..
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu..
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat ilmunya..


muslimah yang sejati adalah yang menjaga dirinya di luar dan juga di dalam..
semoga kita berada di dalm golongan wanita2 y solehah yang sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNYA..
insyaALLAH...